Friday, February 25, 2011

surat dari mak dan ayah....

hari ni aku dapat 2 surat..walaupun bkan ditujukan btul kat aku tpi buat kami adik beradik,surat tu still lgi ber makna bgi aku...
nak tau surat isi surat nye x?

surat dari mak..


anakandaku tersayang,
 ketika ini mak baru sahaja selesai mengikuti treaning ESQ Parenting. waktu yang paling membahagiakan bagi mak adalah melihat anakanda semua mendirikan solat,membantu mak dalam membuat kerja2 rumah seharian,menyediakan makanan secara sendirian.
waktu yang emak kadang2 keslkan adalah melihat anak2 tidak mendirikan solat..tidak mahu menolang antara satu sama lain dan kadang2 masing2 tidak sepakat antara satu sama lain.
eamk berjanji sayang yang mak akan beri lebih perhatian dalam anak2 mengerjakan solat dan mak berjanji untuk tidak bezakan kasih sayang antara satu sama lain..
semoga Allah memberi rahmat dan redha Nya untuk kita 

peluk cium sayang,
dari emak mu

surat dari ayah,


anakanda semua tersayang.
 ketika ini ayah baru sahaja selesai mengikuti treaning ESQ Parenting. waktu yang paling membahagiakan bagi ayah ialah apabila ayahanda melihat anak semua dirikan solat..walaupun ada antara kamu yang culas nmun ayah tetap x lepas untuk mendaokan kamu separti nabi ibrahim mendoakan anaknya.
anakanda dengar lah pesan ibu dan ayah mu ini,berubah la menjadi yang lebih baik
ayah sayang kamu semua
jadilah kamu semua menjadi manusia yang dapat membahagiakan orang tua mu
ayah sayang kamu semua..

peluk cium sayang
dari ayahmu..

ini la surat yang aku dan adik2 terima.. waktu aku baca surat ni sungguh air mata aku tahan sebab aku baca surat ni depan mak aku..aku x nak nangis dpan mak aku dan waktu aku baca surat ni suara yang kedengaran makin lama makin perlahan cz aku x dah x tahan tnggung sebak.waktu ni x usah cakap la mak dah bergenang air mata waktu aku baca..
aku teringat waktu mak dgn ayah pergi kursus ni kteorg adik beradik duduk dkt rumah..makn?
aku selaku yang sulung kuarkan duit buat beli barang..
walaupun cuma makn lauk sardin dan telur dadar pedas dengan dadih laici..tpi nikmat tu terasa sngat..
selalunya mak balik terus masak dan aku cuma tolong tapi hari tu aku yang masak dibantu adik aku yang jdi tukang rasa..dgn tolong apa yang patut..biarla cuma dgn lauk yang sedikt tu tpi berjaya dihabiskan oleh kami..
dan mak dgn ayah sampai pukul 9 kt rumah.lepas je bersih kan diri dgn tanya keperluan kteorg mak ayah trus tertido akibat keletihan..
entry ni aku buat tuk jdi motivasi kat diri aku plus dkt sape2 tg dpt pngajaran dri sini..

mmg susah sebenarnya mak ayah kte nak cakap dgn kte apa sebenarnya dlm hati mereka..dan aku sure apa yang mak dgn ayah aku coretkan sama sebenarnya dgn impian dan harapan mak ayah org lain..
bgi kawan2 aku,mmg kdang2 kte ade rasa x puas hati dgn apa yang mereka lakukan..tapi ketahui la yang walau apa pun mereka tetap mak ayah kte sebab bila mereka dah tiada..x ade sape pun yang dpat ganti tempat mereka kan?
sebab mak ayah kandung kita cuma ada sepasang je kt dunia ni x ade yang ke-2 atau ke-3..
so apa lgi sayangilah dan hargailah setiap apa yang ada disekeliling kita sebab lumrah manusia
bila kita hilang apa2 yng ada sekeliling kita bru kita nak hargainya lebih dari waktu dia berada disisi kita

ok dah puas nangis hati ni..sok aku nak peluk mak ayah aku insyaallah
ok puas dah conteng2 aku nak pi tido na..
papai.....

*surat itu telah di edit bgi menjaga privacy kami sekeluarga..hehe